:'(


Awak , awak ingat tak lagi tentang kita ? dulu kita selalu bersama , kita selalu cakap , yang hubungan kita tiada siapa yang boleh pisahkan kita berdua , sweetkan ^_^ . hehe . kita selalu contact . bila tak contact mesti terasa sunyi dan rindu kan ? kekadang , saya sibuk pun awak masih contact saya , sampai - sampai , saya marah awak sebab ganggu saya , maaf sayang , sebab marah awak , saya sibuk sangat masa tu . maafkan saya ye awak .

Tapi sekarang , hubungan kita dah lain , hubungan kita semakin jauh . awak macam nak jauhkan diri awak dari kehidupan saya , kenapa awak ? kenapa buat saya macam ni ? kenapa ? saya selalu memikirkan awak sampai - sampai saya fikirkan awak dah ada pengganti saya . sedihnya saya kalau macam tu :'( . tapi saya tak berdiam diri awak , saya cuba tanya awak . hmm , awak ada girlfriend baru ke ? aishh , awak ni mana saya ada girlfriend baru . saya ada awak sorang je . okay fine sayang . saya dengar cakap awak tu , saya harap awak tak tipu saya .

Bila saya tanya awak kenapa selalu menyepi ? macam dah nak larikan diri dari saya . awak beritahu yang awak tu sibuk . maaf sebab buat macam tu . hmm , sibuk apa awak ? awak hanya jawab ' hmm ' . tu je awak jawab . selepas tu , awak menghilangkan diri awak lagi . saya mesej awak tak balas , telefon awak tak jawab . kenapa buat macam ni ? sakitnya hati saya . saya perlukan awak . jangan tinggalkan saya :'( hanya Allah SWT saja yang tahu perasaan saya masa ni .

Tapi awak , saya terpaksa abaikan awak , sebab satu minggu lagi peperiksaan PMR akan tiba . jadi , saya tak nak otak dan fikiran saya memikirkan awak . saya takut saya tak boleh beri tumpuan secukupnya masa study . saya tak nak gagal dalam peperiksaan saya . kerana peperiksaan ini penting bagi saya untuk saya tahu aliran mana yang saya akan ambil bila masuk tingkatan atas nanti .

Pada suatu malam , jam 11.35 pm . saya ada dapat satu panggilan . nombor itu saya tak kenal . jadi , saya tak menjawabnya . takut hanya ada orang nak menganggu saya . tapi , bila saya fikirkan balik . lebih baik saya menjawab mungkin ada panggilan yang penting . hmm , saya pun menjawabnya dengan suara yang cool . saya dengar suara kakak awak , suara yang seperti tengah menangis . ada apa ni kakak ? kakak menangis ke ? kakak nak beritahu , yang hadi meninggal . kenapa meninggal kakak ? sakit apa ? kakak jangan lah bergurau kakak . ini bukan masanya kakak . ni bukan bergurau , apa yang kakak cakap ni betul , dia meninggal sebab sakit leukimia . pratttttttttttt !! telefon saya jatuh . saya dah tak berdaya masa tu awak . hanya air mata yang mengalir tak henti - henti . Ya Allah , berilah aku semangat :'(

Awak , bila saya tengok awak buat kali yang terakhir . air mata saya mengalir , mata saya lembam awak . sebab sejak saya tahu awak meninggal saya tak berhenti - henti menangis . sedihnya saya . awak tinggal saya masa saya perlukan awak . betul awak cakap , cinta awak untuk saya , sampai mati , sekarang ni awak dah takde . SubhanAllah . susahnya nak menerima takdir ni .

Patutlah , bila kita berjumpa muka awak selalu pucat . tapi , bila saya tanya awak , awak sakit ke ? awak cakap awak okay je , lepas tu . awak senyum - senyum . saya pun abaikanlah kata - kata saya tadi , sebab kata - kata awak membuatkan saya percaya sayang . saya baru tahu . awak sanggup tahan kesakitan awak demi saya . terima kasih awak , iloveyou . cinta saya hanya untuk awak .

Tapi semua itu telah berakhir , cinta saya dengan awak hanya dapat air mata yang mengalir . tolong awak , saya dah tak berdaya . berilah saya semangat yang kuat untuk hadapi semua ni . saya harap saya dapat memberi sepenuh perhatian semasa peperiksaan nanti . awak pun pernah cakap , ada masalah ke apa ke , jangan abaikan pembelajaran . okay sayang , demi awak dan keluarga saya . saya akan belajar bersungguh - sungguh . awak nak saya jadi doktorkan , sebab awak cakap nanti bila awak sakit saya boleh rawat awak kan ? hehe . tapi , awak dah takde . apa - apa pun saya tunaikan apa awak nak , saya akan jadi doktor . in shaa Allah .

Saya harap awak gembira di alam sana , saya harap saya dapat mimpi awak selalu . hanya tu yang dapat saya harapkan . saya rasa saya ni dah separuh tak betul . kekadang saya cakap sorang - sorang , saya terbayangkan awak . sayang , imissyou :'( . saya readha dengan pemergian awak , tapi saya akan selalu ingat dekat awak walaupun awak sudah tiada , ye I NEED YOU .
ni nama panggilan awak dalam telefon saya , tapi sekarang awak dah pergi . itu hanya tinggal kenangan . terima kasih sebab berikan kasih sayang kepada saya secukupnya .

Selamat tinggal MY LOVE
Al - Fatihah
semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman
terimalah ia sebagai umatmu Ya Allah
Amin Ya Rabbil Alamin :'(

Ditaip Oleh : Nurul Jannah Abdullah

1 comment:

  1. first time masok sini , dan terus follow . this story so sad , tabahkan hati ye :')
    eh , suke lah falling rose nih !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...